Awas pengusaha makanan, menteri dah 'bunyi'

BERITA SEMASA 6 MAC 2023

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sudah memberikan amaran kepada pihak katering yang terbabit dalam isu kualiti membekalkan makanan kepada pusat pemindahan sementara (PPS) di Batu Pahat, Johor.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata katering terbabit mengakui terdapat kekurangan dari segi bahan basah sehingga menjejaskan kualiti makanan yang disediakan.

Beliau berkata, pihaknya sudah mendapatkan penjelasan daripada pihak katering terbabit dan mereka mengakui ada kekurangan dari segi kualiti makanan disebabkan susah hendak mendapatkan bekalan bahan basah dan terpaksa pergi jauh.

Artrikel: https://bit.ly/3yfGA0x

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian