Kerajaan negeri Sabah telah memperuntukkan sejumlah RM16.42 juta untuk melaksanakan program pembangunan kepimpinan belia bagi melahirkan pimpinan belia yang berkualiti tinggi.<br /><br />Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri akan memberi tumpuan kepada usaha memperkasa modal insan agar sentiasa kompeten, berinovasi, berdaya tahan dan berintegriti.<br /><br />Jelasnya, sejak tahun 2020 pelbagai inisiatif baharu diperkenalkan kepada golongan belia di negeri itu.
