Polis Kontinjen Johor sertai misi bantuan pasca banjir ke Kluang

BERITA SEMASA 9 MAC 2023

Seramai 150 pegawai dan anggota polis dari Kontinjen Johor menyertai Misi Bantuan Pasca Banjir Polis Johor ke daerah Kluang, pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, misi berkenaan bertujuan membantu membersihkan kawasan perumahan polis termasuk penduduk yang terjejas.

Beliau juga mengingatkan pengguna jalan raya terutama kenderaan ringan hati-hati melalui jalan di sekitar negeri itu.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian