Op Tiris: 93,740 liter diesel dirampas

BERITA SEMASA 10 MAC 2023

Sebanyak 21 kes ketirisan subsidi diesel berjaya dikesan melibatkan nilai rampasan RM283,375 sepanjang tujuh hari Op Tiris dilaksanakan bermula 1 Mac lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Aris Mamat berkata, rampasan itu membabitkan 93,740 liter minyak diesel bersubsidi hasil pemeriksaan di seluruh negara.

Menurutnya, setakat ini, Sarawak merekodkan aduan tertinggi kes ketirisan iaitu lima kes dan diikuti Negeri Sembilan empat kes.

Artikel: https://bit.ly/3F7Kj4j

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian