Pengarah filem kontroversi, Mentega Terbang, Khairi Anwar Jailani dan seorang pelakonnya, Arjun Thanaraju memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Jumaat.<br /><br />Khairi Anwar dilaporkan hadir bersama peguamnya, Zaid Malek dan direkod keterangan lebih dua jam sebelum keluar pada 12.15 tengah hari, manakala Arjun hadir bersama peguamnya, Mahajoth Singh.
