Bantuan peralatan rosak atau hilang akibat banjir kepada pekebun kecil industri komoditi akan diserahkan pasca bencana, selepas kawasan terjejas disahkan selamat dari banjir.<br /><br />Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ia bagi memastikan penilaian jumlah bantuan dapat dibuat dengan teliti.<br /><br />Program bersifat tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu akan melibatkan ketua masyarakat sebagai medium informasi kepada peladang terjejas dan kerajaan khususnya di kawasan luar bandar.
