Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyasarkan 500 premis di Sabah menawarkan Menu Rahmah.<br /><br />Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, setakat ini sebanyak 105 premis makanan telah menyertai inisiatif Menu Rahmah di Sabah, dan lebih dari 1,531 premis perniagaan telah mendaftar di seluruh negara.