Tindakan beberapa negeri menguatkuasakan larangan kepada mana-mana ahli politik untuk mengadakan ceramah atau kuliah di masjid dan surau dilihat mampu membantu meredakan suhu politik negara.<br /><br />Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata langkah itu juga adalah peringatan kepada semua bahawa premis agama bukanlah platform yang boleh digunakan untuk kepentingan politik mana-mana individu mahupun parti.
