Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini pada Isnin memerintahkan pelakon Hafidz Roshdi dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.<br /><br />Terdahulu, Hafidz, 29, mengaku tidak bersalah atas tuduhan menumbuk pipi kiri isterinya sebanyak tiga kali hingga luka dalam kejadian di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya di sini pada 2 Mac lalu.
