Kerajaan belum sedia laksana semula GST: PM

BERITA SEMASA 14 MAC 2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajan belum bersedia melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada masa akan datang.

Menurutnya, pada saat ini kerajaan melihat GST belum sesuai dilaksanakan semula ekoran tahap pendapatan rakyat masih rendah.

Sebelum ini, beliau berkata, kerajaan masih lagi mengkaji impak pelaksanaan GST dalam situasi ekonomi semasa dan menilai waktu yang sesuai untuk ia diperkenalkan semula bagi membantu meningkatkan hasil negara.

#BeritaSemasa #SinarHarian