BERITA SEMASA 14 MAC 2023

Selepas dilontarkan pertanyaan berkali-kali daripada speaker, akhirnya Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor menarik semula dakwaannya berhubung perhimpunan Women’s March dengan gerakan LGBT baru-baru ini.

Terdahulu, Wan Razali mendakwa perarakan yang dibuat sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa itu membabitkan unsur LGBT dan mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.

Sejurus membuat kenyataan itu Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul mengemukakan pertanyaan kepada Ahli Parlimen PAS berkenaan sebelum diarah untuk menarik semula dakwaan tersebut.

#BeritaSemasa #SinarHarian