Akta Warga Emas akan digubal, timbang tindakan anak abai tanggungjawab

BERITA SEMASA 15 MAC 2023

Akta Warga Emas akan diwujudkan untuk melindungi kebajikan golongan itu sebagai persediaan Malaysia mencapai status negara tua pada 2030, kata Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Timbalan Menterinya, Aiman Athirah Sabu berkata kementerian juga menyambut baik cadangan memperkenalkan undang-undang mewajibkan potongan gaji kepada kalangan yang menghantar ibu bapa ke rumah jagaan, terhadap anak-anak yang berkemampuan tetapi tidak melaksanakan tanggungjawab mereka.

Jelasnya, akta tersebut dijangka dibentang untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat pada tahun depan.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian