Lantikan politik: Shahidan tegur kerajaan BN-PH

BULETIN TIKTOK 16 MAC 2023

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mahu Pakatan Harapan mengaku bahawa telah berubah pendirian berhubung lantikan politik di syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Perkara itu dibangkitkan susulan pelantikan bekas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai pengerusi baharu Mara baru-baru ini dalam sesi perbahasan Belanjawan 2023 baharu peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat semalam.

Bagaimanapun, pelantikan Ahmad Jazlan Yaakub sebagai Pengerusi Felcra dan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki untuk jawatan Pengerusi Mara sudahpun mendapat restu daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Muzik: Night Rider 87-The Verge dari Artlist.co

#BuletinTikTok #SinarHarian