Isu perumahan: PN simpati nasib anak muda

BERITA SEMASA 16 MAC 2023

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata Perikatan Nasional bersimpati dengan nasib anak muda yang masih ramai tidak berpeluang memiliki rumah sendiri.

Beliau membangkitkan perkara tersebut di Dewan Rakyat hari ini berhubung kenyataan KPM memaklumkan sebanyak 18,740 unit kuarters guru tidak diduduki setakat Mac 2023, semalam.

Justeru, katanya kerajaan juga perlu memberi perhatian kepada anak muda terutama yang bekerja di sektor swasta supaya mereka berpeluang untuk menduduki perumahan yang disediakan oleh Kerajaan Madani itu.

#BeritaSemasa #SinarHarian