Sebahagian peruntukan tambahan RM150 juta yang diumumkan kerajaan pada Jumaat akan digunakan bagi pemasangan jambatan bailey di kawasan terjejas banjir di Johor.<br /><br />Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pemasangan jambatan berkenaan adalah bagi menghubungkan laluan-laluan yang terputus akibat banjir.<br /><br />Koordinasi akan dilakukan jawatankuasa peringkat daerah sebelum pembaikan dan juga menaik taraf jalan-jalan dilakukan sepenuhnya.