Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan penghargaan kepada kerajaan pusat atas kelulusan peruntukan tambahan RM150 juta bagi usaha pemulihan pasca banjir di Johor.<br /><br />Baginda turut menghargai bantuan serta sumbangan pelbagai pihak, termasuk industri serta individu dalam membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir.
