Sebanyak RM5 juta diperuntukkan kepada usahawan pasar tamu di Sabah dan Sarawak melalui Skim Pembiayaan Usahawan Tamu (SPUT) menerusi Tekun Nasional yang dilancarkan pada Sabtu.<br /><br />Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, pembiayaan mikro sehingga RM5,000 bagi setiap usahawan itu disediakan bagi membantu golongan yang rata-rata menjalankan perniagaan secara informal dan tidak mempunyai lesen perniagaan.
