Kebenaran penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan memerlukan penelitian dan perbincangan yang menyeluruh termasuk daripada aspek kawalan penggunaan bahan berkenaan.<br /><br />Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ia mengambil kira jumlah penagih dalam kalangan anak muda termasuk di luar bandar yang semakin meningkat sehingga mencecah ratusan ribu setakat ini.
