Nak rasa jadi angkasawan, datang Sabah - Wilfred

BERITA SEMASA 20 MAC 2023

Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau luah memberitahu Dewan Rakyat dengan menggambarkan situasi jalan raya di Sabah yang penuh lubang.

Beliau turut melahirkan rasa tidak senang terhadap Lebuhraya Pan Borneo kerana pembinaannya telah menyebabkan banyak kesan sampingan seperti berlakunya banjir dan kerosakan harta benda.

Bagaimanapun, dalam semakan semula Belanjawan 2023 bulan lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan mempercepatkan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo serta Jalan Hubungan Sarawak-Sabah.

#BeritaSemasa #SinarHarian