Belanjawan 2023 paling terbesar dalam sejarah negara: Rafizi

BERITA SEMASA 22 MAC 2023

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memaklumkan Belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini merupakan belanjawan paling tinggi yang pernah direkodkan dalam sejarah belanjawan negara.

Jelasnya, dari segi aturan perancangan pembangunan ekonomi negara, kerajaan akan terus berbelanja besar tanpa perlu berhutang dalam kadar yang tinggi.

Justeru, Ahli Parlimen Pandan itu menegaskan tidak perlu menimbulkan isu kerajaan tidak berbelanja lebih, yang penting adalah kerajaan sentiasa berhemah dalam menangani masalah ekonomi negara.

#BeritaSemasa #DewanRakyat #SinarHarian