Tabung bantuan Syria fokus fasa pemulihan

BERITA SEMASA 23 MAC 2023

Tabung #BantuanBencana Sinar Karangkraf x SyriaCare yang dilancarkan sejak 8 Februari sehingga 1 Mac lalu telah berjaya meraih sumbangan melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu sebanyak RM306,901.23.

Ketua Pegawai Eksekutif SyriaCare, Siti Sakinah Meor Omar Baki berkata, dua per tiga daripada jumlah sumbangan akan digunakan untuk pembinaan perumahan yang lebih teratur untuk mangsa bencana.

Beliau berkata demikian di Majlis Penyerahan ‘Mock Cheque’ Tabung #BantuanBencana Sinar Karangkraf x SyriaCare di Kompleks Karangkraf pada Rabu.

ARTIKEL: https://www.sinarharian.com.my/article/251004/berita/nasional/tabung-bantuanbencana-raih-kutipan-lebih-rm300000

#SinarHarian #SyriaCare #BantuanBencana