BERITA SEMASA 27 MAC 2023

Suasana berbuka di Masjid Al Asma'ul Husna Bandar Uda Utama, Johor Bahru bertambah meriah dengan kehadiran pengunjung yang hadir dari pelbagai lokasi, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Ia susulan video hidangan berbuka puasa 'ala hotel' di masjid berkenaan tular di aplikasi TikTok, sekaligus menarik perhatian ramai untuk turut merasai pengalaman tersebut.

Tinjauan Sinar Harian mendapati hampir 1,000 orang hadir bagi menikmati sendiri pengalaman menjamu hidangan berbuka puasa di dalam dulang yang sekian lama menjadi tradisi kariah masjid tersebut.

Muzik: Dream dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian