Mahkamah Sesyen Ayer Keroh memerintahkan seorang penganggur dihantar ke Hospital Permai, Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan psikiatri susulan kes mengelar ibu dan adik kandungnya, tiga minggu lalu.<br /><br />Tertuduh, Muhammad Hidayat Abu Samad, 24 tahun diarah berbuat demikian selepas membuat pengakuan bersalah atas dua pertuduhan terhadapnya yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan hakim Mohd Sabri Ismail.
