Etnik Rohingya pemohon suaka paling tinggi di Malaysia

BERITA SEMASA 29 MAC 2023

Pelarian etnik Rohingya mencatatkan jumlah pemohon suaka tertinggi di Malaysia ketika ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, berdasarkan statistik Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian sehingga Disember 2022 lalu, seramai 14,349 individu daripada etnik tersebut telah membuat permohonan itu.

Selain itu, kumpulan berkenaan juga merekodkan jumlah pelarian paling ramai berada di negara ini.

Tegasnya, kerajaan juga perlu bertegas kerana etnik tersebut didakwa telah naik ‘tocang’ dan mula menganggap bahawa mereka adalah tuan rumah atau penduduk tetap di negara ini.

Artikel: https://bit.ly/40qeXOL

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian