Ada pihak pandang remeh usaha banteras rasuah: PM

BERITA SEMASA 29 MAC 2023

Kerajaan mengambil pendekatan tegas dalam soal pemberian kontrak atau projek kepada mana-mana pihak selaras dengan prinsip tata kelola baik diterapkan dalam pentadbiran, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan pemberian kontrak atau projek dengan niat untuk mendapat kepentingan tertentu umpamanya adalah tidak dibenarkan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Ihya Ramadan Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa