Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Melaka mengesahkan Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka akan diadakan Jumaat ini.<br /><br />SUK Negeri, Datuk Zaidi Johari berkata, Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam sudah menerima surat peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-12.<br /><br />Untuk laporan terkini, gelora politik melaka, terus sahaja bersama wakil Astro AWANI Melaka, Nor Shuhada Abdul Kadir.
