BERITA SEMASA 30 MAC 2023

Kos perbelanjaan tinggi merupakan cabaran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam melaksanakan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) di setiap hospital di seluruh negara, Dewan Rakyat diberitahu pada Khamis.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, pelaksanaan sistem itu memerlukan belanjawan tinggi yang mungkin mencecah bilion ringgit kerana perlu menaik taraf infrastruktur hospital serta kesesuaian bangunan juga diambil kira.

Beliau menjawab soalan tambahan Tan Hong Pin (PH-Bakri) yang ingin tahu jangkaan sistem EMR boleh berintegrasi sepenuhnya serta kekangan dihadapi KKM dalam melaksanakannya kerana dilihat setiap hospital masih bekerja silo berhubung rekod perubatan pesakit.

Artikel: https://bit.ly/3MaLofM

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian