Ibu terkilan tak sempat penuhi hasrat anak

BERITA SEMASA 30 MAC 2023

Ibu kepada empat beradik yang maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Sabak Awor, Muar, pada malam Rabu terkilan tidak dapat memenuhi hasrat anak-anaknya yang mahu baju raya berwarna hitam, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Nabila Sedu, 31, dilihat mencium baju tadika salah seorang anaknya yang meninggal dunia sepanjang berada di pekarangan bilik forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar bersama suaminya, Thein Ko Htut, 30.

Ketika ditemui, Nabila memberitahu, keempat-empat anaknya berhajat memakai baju raya berwarna hitam pada 1 Syawal nanti.

Sementara itu, penduduk kampung juga tidak menyangka insiden berkenaan berakhir dengan tragedi empat beradik maut kerana beranggapan kesemua mereka tiada rumah.

Artikel:
https://www.sinarharian.com.my/article/252124/berita/semasa/anak-anak-minta-baju-raya-warna-hitam---ibu

https://www.sinarharian.com.my/article/252112/berita/semasa/penduduk-tak-sangka-empat-beradik-dalam-rumah

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian