100 nelayan buat perhimpunan aman, dakwa pendapatan terjejas

BERITA SEMASA 30 MAC 2023

Pengusaha bot nelayan bot kelas B dan C di Kuantan pada Khamis mendakwa hasil tangkapan mereka terjejas selepas kerajaan mengurangkan minyak diesel bersubsidi kepada bot kelas itu bermula Januari tahun ini, lapor Wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.

Difahamkan, subsidi minyak bagi bot kelas B sebanyak 12,000 liter berbanding 15,000 liter manakala kelas C pula daripada 20,000 liter kepada 17,000 liter.

Wakil pengusaha, Lee Bing Quan, 31, berkata, pengurangan subsidi itu menyebabkan tempoh masa berada di laut terpaksa dipendekkan berbanding sebelum ini sehingga 10 hari.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/252127/edisi/pahang/nelayan-gesa-kerajaan-kembalikan-kadar-subsidi-diesel

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian