UMNO Johor ambil alih pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru

UMNO Johor akan mengambil alih pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru yang ditangguh dan digantung sejak 18 Mac lalu, lapor wartawan Sinar Harian Johor, Nor Azura Md Amin.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Setiausaha UMNO negeri, Datuk Abdul Halim Suleiman diberi tanggungjawab mengendalikan pemilihan bahagian terbabit.

Pada 18 Mac lalu, proses pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru ditangguh dan digantung selepas berlaku dakwaan bahawa kertas undi melebihi daripada jumlah perwakilan yang hadir. #BeritaSemasa #SinarHarian

Artikel berkaitan: http://bitly.ws/CpLc

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian