Bazar Ramadan di Kedah ‘steady’, tak naik harga

BERITA SEMASA 2 APRIL 2023

Tiada sebarang aduan kenaikan harga makanan di bazar Ramadan diterima KPDN di Kedah, setakat ini, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

Pengarah KPDN Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata, laporan di setiap cawangan atau daerah di negeri itu menunjukkan tiada sebarang notis dikeluarkan atau tangkapan dibuat memandangkan tiada sebarang aduan dari pengguna.

Bagaimanapun, jelasnya, pemantauan akan terus dijalankan sepanjang Ramadan bagi memastikan setiap peniaga mematuhi peraturan selain tidak sewenangnya menaikkan harga sehingga tidak munasabah.

Artikel: https://bit.ly/42Wi8Q6

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian