Aktiviti perladangan yang diusahakan berhampiran penempatan Orang Asli di Johor dibuat atas usaha Orang Asli sendiri, bukan hasil eksploitasi pihak lain. Namun, Jaringan Perkampung Orang Asli Johor (JPOAJ) mengalu-alukan kehadiran pihak berkuasa sekiranya ingin menyiasat sama ada wujud unsur eksploitasi.
