Berdosakah jika lambat berbuka puasa?

Azan Maghrib akan berkumandang tidak lama lagi. Malangnya tiada sebutir makanan mahupun minuman untuk dijadikan hidangan berbuka lagi.

Sedangkan, kita pula masih tersangkut dalam kesesakan jalan raya. Hati mula dilanda rasa resah gelisah kerana bimbang dikatakan melewat-lewatkan berbuka.

Dalam situasi ini, bukannya kita sengaja pun. Kesesakan luar biasa pula hari ini. Selalunya, elok sahaja sampai di rumah dan berbuka.

Adakah melewat-lewatkan berbuka mendatangkan dosa kepada orang yang berpuasa?

Jom ikuti penjelasannya bersama Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Ustazah Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah dalam segmen Soal Jawab Agama Edisi Ramadan.

#SinarIslamPlus
#soaljawabagamaedisiramadan
#bukapuasa
#Ramadan2023