Untuk episod ketiga My Khadijah Way, kita akan mendalami perniagaan pakaian muslim yang diasaskan oleh Diana Kamalul dan suaminya, Emir Fauzi.

Bermula dengan membuat 'Baju Kurung Kedah' sekadar untuk memakai semasa bekerja, lama-kelamaan Diana tekad untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawan kerana beliau ingin memberi nafas baru kepada reka bentuk fesyen baju kurung yang semakin dilupakan masyarakat.

Memberi kelainan pada setiap reka bentuk dan menawarkan harga yang berpatutan, jenama Bayu Somerset semakin dikenali oleh penduduk sekitar Lembah Klang terutama sekali apabila sudah dekat dengan musim perayaan.

Ikuti kisah jenama pakaian Bayu Somerset dan liku-liku yang dihadapi sebagai seorang yang bergelar usahawanita.