Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memberi jaminan pelajar akan mendapat kebebasan sepenuhnya apabila penambahbaikan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 selesai. <br /><br />Beliau berkata, ketika ini, beliau akan mendengar dan meneliti pandangan semua pemegang taruh yang terlibat dalam melaksanakan pindaan akta berkenaan.