Amelia perlu bayar lebih RM200,000 kepada A Aida

BERITA SEMASA 7 APRIL 2023

Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur pada Jumaat, memerintahkan pelakon, Amelia Henderson membayar syarikat produksi A Aida Production Sdn Bhd, mencecah lebih RM200,000 berhubung isu pelanggaran kontrak sebuah drama, tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Hakim Zulqarnain Hassan memutuskan demikian selepas mendapati Amelia selaku defendan telah melanggar terma-terma kontrak dalam filem 'Sekali Lagi Cinta Kembali'.

Dalam prosiding ini, peguam, Ashmadi Othman mewakili syarikat produksi itu selaku plaintif manakala Wan Nurliyana Abdul Rahman mewakili Amelia selaku defendan.

Artikel: https://go.sinar.la/3UiWlhB

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian