Majlis Kerja Tertinggi UMNO memohon pertimbangan agar Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi pengampunan penuh kepada Datuk Seri Najib Razak, yang kini sedang menjalani hukuman penjara selepas didapati bersalah menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd.<br /><br />Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pertimbangan tersebut selaras dengan kuasa Seri Paduka Baginda yang diperuntukan di bawah perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan.