BERITA SEMASA 11 APRIL 2023

Kementerian Pendidikan bersetuju memberikan cuti khas kepada guru dan murid pada 19 April ini, menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini.

Menterinya Fadlina Sidek berkata, pemberian cuti itu diberikan bagi memudahkan pihak yang terbabit untuk membuat persiapan raya.

Terdahulu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia memohon KPM untuk memberikan cuti khas kepada guru pada 19 April ini.