Stadium Sultan Muhamad IV lokasi berbuka bersama rakan

BERITA SEMASA 12 APRIL 2023

Madinah Ramadan di Stadium Sultan Muhamad IV di Kota Bharu, Kelantan menjadi lokasi golongan muda berbuka puasa dan beribadah sepanjang Ramadan bersama keluarga dan rakan-rakan, lapor wartawan Sinar Harian, Aswany Omar.

Kemudahan lengkap yang disediakan di stadium itu juga menggalakkan orang ramai menunaikan solat wajib dan solat sunat tarawih usai beriftar.

Pelbagai juadah turut dijual di bazar berdekatan memudahkan pengunjung mendapatkan makanan untuk berbuka puasa di kawasan tersebut.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian