Surprise Me!

1 Syawal: Kenampakan anak bulan antara negara tidak sama

2023-04-13 7 Dailymotion

BERITA SEMASA 13 APRIL 2023

Masyarakat Islam di negara ini dinasihatkan tidak mudah terpengaruh dengan data-data dikeluarkan negara luar berhubung penentuan tarikh permulaan 1 Syawal, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, hitungan bagi setiap negara dalam perkara itu tidak sama kerana terdapatnya perbezaan ketara terutama dari segi waktu yang boleh mempengaruhi kenampakan anak bulan.

Ujar beliau, ketetapan tarikh Hari Raya itu haruslah kembali kepada keputusan rasmi yang hanya akan diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Tular sebelum ini di media sosial dan kumpulan WhatsApp mengenai hebahan tarikh Hari Raya Aidilfitri yang dikatakan jatuh pada 21 April ini.

Artikel berkaitan: https://go.sinar.la/416Oypu

#BeritaSemasa #SinarHarian

Buy Now on CodeCanyon