Pengarah filem Polis Evo 3, Syafiq Yusof berharap sokongan terhadap francais popular ini dapat diteruskan sebagaimana respon cemerlang diterima menerusi dua filem sebelum ini.<br />Menurut anak kepada pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam ini juga, dia gembira dengan kerjasama barisan pelakon yang cukup komited sepanjang penggambaran filem yang dilakukan sejak tiga tahun lalu.<br />Syafiq ditemui di Majlis Berbuka Puasa bersama para media dan warga kerja Polis Evo 3 di Six In The City 6, Petaling Jaya pada Khamis.