Dakwaan 'rundingan terus': Pengimport telur saman Azmin

BERITA SEMASA 14 APRIL 2023

Sebuah syarikat pengimport telur memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur terhadap Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana syarikat itu dianugerahkan kontrak mengimport telur dari India secara rundingan terus.

Peguam Elyse Ng yang mewakili syarikat J&E Advance Tech Sdn Bhd berkata writ saman itu sudah diserahkan Datuk Seri Mohamed Azmin.

Saman itu difailkan selepas bekas Ahli Parlimen Gombak itu tidak menjawab surat tuntutan daripada J&E Advance Tech pada awal bulan ini.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #Telur #AzminAli #SinarHarian