Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, KPDN mula melakukan pemantauan secara holistik di hentian rehat dan rawat, R & R terpilih menerusi Op Pantau yang dilaksanakan sejak 23 Mac hingga 21 April 2023.<br /><br />Menurut Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Azman Adam, hasil tinjauan Op Pantau yang dilakukan bersama penguatkuasa KPDN Selangor di R&R susur keluar Plaza Tol Sungai Buloh mendapati, pihaknya membuat teguran terhadap sesetengah peniaga yang menggunakan tanda harga yang tidak jelas.