Rakyat kini boleh mendapatkan harga barangan keperluan harian dengan harga 30 peratus lebih murah berbanding pasaran biasa menerusi Jualan Agro Madani di seluruh negara.<br /><br />Jelas Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu, program itu bermula dengan 10 lokasi di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) sebagai projek rintis sebelum diperluaskan.
