BERITA SEMASA 17 APRIL 2023

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan dilantik semula ke jawatan Menteri Besar Kedah sekiranya Perikatan Nasional menang di Kedah pada PRN akan datang.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Ahmad Yahaya berkata Datuk Seri Muhammad Sanusi juga akan menjadi wajah hadapan atau 'poster boy' parti itu pada PRN yang dijangka diadakan pada Julai depan.

Beliau yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Pusat berkata pihaknya yakin sokongan berterusan pengundi bakal memberi kesan di negeri dikuasai PH seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian