PM umum satu hari kelepasan am tambahan balik raya

BERITA SEMASA 18 APRIL 2023

Kerajaan bersetuju memberi satu hari kelepasan am tambahan bagi memudahkan rakyat untuk membuat perancangan sewajarnya untuk Hari Raya Aidilfitri dan pulang ke kampung halaman.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia memandangkan pengumuman rasmi berhubung tarikh 1 Syawal 1444H untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri akan dibuat pada Khamis ini oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Menurutnya, sekiranya tarikh 1 Syawal 1444H jatuh pada Jumaat, 21 April 2023, maka kerajaan menetapkan Isnin, 24 April 2023 sebagai hari kelepasan am tambahan berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951.

#BeritaSemasa #KelepasanAm