Pengusaha bakeri rugi RM27,000, belajar dari pengalaman

BERITA SEMASA 29 APRIL 2023

Pernah kehilangan wang sehingga RM27,000 akibat terpedaya dengan skim simpanan 'kutu ekstra', seorang pengusaha bakeri di Jempol, Negeri Sembilan memberi amaran agar orang ramai berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan tawaran seumpama itu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan.

Farizah Jaafar atau mesra dipanggil Cikgu Fie berkata, skim itu turut menjanjikan keuntungan lumayan daripada jumlah wang yang disimpan.

Disebabkan kejadian itu, perniagaannya hampir musnah susulan wang yang sepatutnya menjadi pusingan modal hangus.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Epic dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian