Lebih 6,000 warga Indonesia pulang beraya guna feri

BERITA SEMASA 28 APRIL 2023

Lebih 6,000 warga Indonesia menggunakan perkhidmatan feri di Terminal Feri Antarabangsa Kukup Pontian, Johor untuk pulang ke kampung halaman bagi meraikan Aidilftri bersama keluarga.

Tinjauan Sinar Harian mendapati sebahagian daripada mereka mula memenuhi kawasan terminal penumpang seawal jam 5 pagi dan turut bersahur di situ.

Penolong Pengurus Terminal Feri Antarabangsa Kukup, Azwan Amin berkata kira-kira 1,700 penumpang direkodkan pada Selasa, dan angka itu dijangka terus meningkat sehingga Syawal menjelma.

Jelasnya, sebanyak 10 slot perjalanan ulang-alik feri antara Tanjung Balai, Indonesia ke Kukup, Johor beroperasi setiap hari dengan waktu perjalanan feri bermula jam 7.45 pagi dan berakhir jam 5.30 petang.

Artikel: https://bit.ly/40kEZCn

Muzik: Smile dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian