Di saat umat Islam sedang gembira menyambut Aidilfitri, sebahagian besar penduduk di Kampung Buah Pandai, Kota Belud masih diselubungi kesedihan.<br /><br />Mereka antara mangsa fenomena air pasang besar 26 disember lalu yang mengakibatkan kediaman mereka rosak teruk malah ada yang roboh menyembah bumi.<br /><br />Sehingga kini keterujaan menyambut Syawal tahun ini bagaikan tiada kerana masih trauma dan diselubungi kesedihan.
