Aktiviti menarik pukat yang menjadi tradisi nelayan pantai sejak puluhan tahun lalu akan disenaraikan dalam Kalendar Pelancongan Terengganu bermula tahun hadapan.<br /><br />Menurut Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar keunikan aktiviti tersebut perlu diketengahkan sebagai produk pelancongan sekaligus dapat memastikan tradisi berkenaan tidak pupus ditelan zaman.
